7 Down skin created by Black Widow of the IF Skin Zone.


Create a free forum in seconds.
zIFBoards - Free Forum Hosting
Welcome to Star Musketeer. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:

GUESS MY NUMBER (1 - 100)

Score:
Dealer
Card(s):
Player
Card(s):

This BlackJack Arcade Provided By,
Xbox Fantasy


Announcements & Affiliates
"main PHQ telah karam tak pasti boleh diselamatkan atau tak (update as 24 Oct 2012 - Department of Keronian Communication "
Image Hosted by ImageShack.us
 

 10 keburukan air coca-cola
Imperial
Posted: Jul 8 2007, 08:14 PM


Unregistered
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1069
Member No.: 3
Joined: 25-June 07



Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi, klik read more.

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.



7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.


p/s : lepas nie aku x nak dah minum coke.


aku amik artikel ni dari http://fatlee.blogspot.com/

:huh:
Top
lie_lc
Posted: Jul 9 2007, 10:00 AM


Star Marshal
*

Group: First Class Citizen
Posts: 812
Member No.: 18
Joined: 7-July 07



woo.. gile la keburukan coke ni.. semput gak ak membaca artikel kt ats tu.. pnjg benor..

tp ak msh minum coke seminggu sekali.. hrp2 ak hidup lama.. :lol:
Top
ck~talzer
Posted: Jul 9 2007, 08:41 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 107
Member No.: 16
Joined: 5-July 07



minum skali kala ok la.. kalo dah ketagih tuh ko mmg cair punya la
Top
whoami
Posted: Jul 13 2007, 11:31 PM


Star Vice-Captain
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 72
Member No.: 19
Joined: 7-July 07



LAgi satu, aku ada dengar yang cocal cola ni mengandungi alkohol. Bila ada pembedahan siasat oleh sorang terhadap resipi asli coke ni didedah \kan ia menggunakan alkohol berkadar rendah. Bukan coke je, tapi kebanyakan minuman bikarbonat ynag lain cam f&n.

PErgh... kalu dah ada alkohol memang takleh minum langsung sebab haram. Same je cam minum arak.
Top
Yukikaze
Posted: Jul 14 2007, 01:11 AM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 966
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



patut ler kalau lepas minum coke nih lepas minum terasa mcm lepas memberus gigi.. rasa clear sungguh... mcm baru lepas guna lestrine...
Top
sakura hime
  Posted: Nov 19 2007, 05:56 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



aku kurang pasti khabaran yang aku dengar dari abang aku ni soheh ke tak.. katanya... coke memang yahudi.. dan orang2 yahudi sendiri tidak minum air coke... sebab2 kenapa dorang tak minum adalah disebabkan kesan jangka panjang akibat daripada minum air ini iaitu MANDUL!! yahudi menjualnya dipasaran yang membolehkan semua muslim meminumnya supaya orang muslim tak productive dari segi pembiakan... plan jangka panjang beb nak kuasai dunia... kalau kita tak productive dan tak dapat lahirkan pejuang2 jihad... camana nak perang dengan yahudi?!! think about it... (sori kalau ni dah masuk bab sensitiviti agama...)

lagi satu yang ini info daripada bekas boifren aku.. katanya perkataan coca cola tu kalau diterbalikkan (bukan secara backward) dan dibaca daripada belakang (caranya bukak sampul label tu... terbalikkan atas permukaan bercahaya supaya nampak tulisan yang kat depan tu...) maksudnya sama dengan menidakkan Allah sebagai tuhan yang esa dan Muhammad bukan pesuruh Allah... wallahualam bissawab...
Top
konzen
Posted: Nov 23 2007, 12:14 AM


Star General
*

Group: First Class Citizen
Posts: 631
Member No.: 39
Joined: 12-August 07



perghh!!!aku suka minum cola walaupun aku dah lama tau keburukan cola ni.ahaks~

mak slalu marah coz byk sgt minum cola.
Top
yuusuke
Posted: Dec 9 2007, 05:05 PM


Star Vice-Captain
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 73
Member No.: 22
Joined: 10-July 07



ahaks.. aku dh berapa tahun dh sejak abis skolah dulu x minum dh sumer jenis air minuman berkarbonat, bleh kata bukan habit aku la.. cukup la minum air soya berkotak2... takpon air kelapa tepi jalan~
Top
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you

Topic Options



Hosted for free by zIFBoards* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.4021 seconds | Archive

Skin created by Black Widow of the IF Skin Zone