7 Down skin created by Black Widow of the IF Skin Zone.


GUESS MY NUMBER (1 - 100)

Score:
Dealer
Card(s):
Player
Card(s):

This BlackJack Arcade Provided By,
Xbox Fantasy


Announcements & Affiliates
"PHQ sekarang telah di buka dan beroperasi seperti biasa... silalah lawat rumah baru yg serba oren itu... walau bagaimanapon masih terdapat lagi kerja2 pembaikkan yg dilakukan dan mungkin menyebabkan gangguan... oleh itu sebarang kesulitan boleh melaporkan terus masalah kepada iruga- Department of Keronian Communication "
Image Hosted by ImageShack.us
 

 Wanita lebih cenderung mendedahkan aurat?
halfy
Posted: Nov 23 2007, 05:07 PM


Star Leftenan
*

Group: Shinra
Posts: 29
Member No.: 30
Joined: 24-July 07



Saya bukanlah hendak menjadi hero agama tetapi sekadar mengajak sahabat bersama memikirkannya. Hari ini saya berani mengaku semakin sukar hendak mencari wanita yang 'mampu' mempertahankan auratnya secara sepenuhnya. Biasanya ada-ada sahaja alasan untuk membuatkan bahagian tubuh didedahkan. Yang paling kerap didengar ialah keperluan kerja, sukan dan yang paling teruk ialah demi mengambil hati masyarakat sekeliling.

1. Keperluan kerja: Tidak dinafikan, masih wujud pekerjaan di Malaysia yang memerlukan pekerja wanita Islamnya mendedahkan rambut dan mungkin sedikit dada dan betis mereka. Lihat sahaja para pramugari dan 'flight attendant' yang cantik molek mengiringi kita di dalam kapal terbang. Mereka ini bukan sahaja 'dipaksa' mendedahkan aurat (menurut rakan saya, ketika dalam sekolah latihan, mereka dibiasakan memakai bikini jenis '2-pieces', tak ubah seperti model pakaian renang) malah mereka juga bersolek seolah-olah ingin bersanding. Bukanlah maksud saya menghina mereka, tetapi jika pekerjaan itu memerlukan pekerjanya melanggar hukum agama, wajarkan kita memilihnya. Saya sendiri dulu hampir-hampir menyertai pasukan tentera, tetapi saya berasa jauh hati setelah mendengar sendiri seorang panglima yang beragama islam menghina-hina janggut, sedangkan memanjangkan janggut lebih daripada misai itu adalah sunnah. Lihatlah, sedangkan perkara sunat pun sudah cukup membuatkan saya jauh hati, bagaimana pula dengan perkara wajib seperti aurat?

2. Keperluan sukan: Ini satu lagi yang amat menyedihkan saya. Sukan yang pasti mendedahkan aurat seperti renang dan gimnastik sepatutnya hendaklah diharamkan bagi wanita Islam menyertainya tetapi hari ini semakin digalakkan pula untuk menyertainya. Saya sendiri merupakan atlet "Dancesport" di mana pasangan tari saya, seorang gadis juga mengenakan pakaian yang agak seksi semasa pertandingan. Saya tahu sukan yang diceburi saya itu mungkin salah tetapi saya berusaha mengelakkan sentuhan kulit, antaranya dengan memakai sarung tangan, sama ada semasa latihan mahupun persembahan. Bagaimana pula dengan sukan yang sepatutnya tidak perlu mendedahkan aurat? Kita lihat contoh sukan 10-pin bowling dan golf. Kita lihat bagaimana juara Masters Golf, dari Tiger Woods hinggalah ke Vijay Singh, kedua-duanya memakai seluar panjang. Kenapa pula pemain golf wanita terhegeh-hegeh hendak memakai seluar pendek pula sedangkan tidak ada keperluan terhadapnya? Satu lagi yang menarik perhatian saya ialah sukan bola tampar pantai. Mujurlah, setakat pengetahuan saya, belum ada atlet kebangsaan dalam sukan ini yang beragama Islam, tetapi yang peliknya kenapa jersi (pakaian sukan) wanitanya perlu seksi, seolah-olah mereka hendak berenang di laut, sedangkan pada hakikatnya mereka cuma bermain bola tampar? Pelik kan?

3. Masyarakat: Ada juga wanita yang pada mulanya bertudung tetapi setelah lama bercampur dengan orang sekeliling yang tidak memakinya, lama-kelamaan mereka juga turut 'membuangnya'. Sudah tentu alasannya "demi menjaga hati rakan-rakan" atau ditambah lagi "tak nak orang bukan Islam takut melihat orang yang berkelubung-kelubung". Sedarlah, mereka juga manusia ciptaan Allah, kenapa perlu menuruti pandangan mereka? Sepatutnya, bila berlaku pertembungan di antara perhubungan sesama manusia (hablum minannaas) dengan hubungan dengan Allah (hablum minallah) utamakanlah Allah. Ingatlah, Allah yang menjamin di mana tempat kita di akhirat kelak, bukannya desakan orang sekeliling yang sakit hati sendiri melihat kita beramal.

Akhir kata itulah pendapat saya buat masa ini. Saya boleh menerima pandangan lain, tetapi harapnya jangan pula ada yang memandai-mandai mengatakan "tiada paksaan dalam Islam" atau "menutup aurat sudah tidak wajib lagi" selepas ini. Sekian.
Top
Yukikaze
Posted: Nov 23 2007, 06:29 PM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



hoh~ takyah tanya yg lain dulu~ cuba tanya kenapa tak pakai tudung~ musti banyak alasan yg diberikan~ paling aku rasa nak smackdown dia adalah kalau pakai tapi tak ikhlas tak guna dan kalau org yg pakai tudung tuh tak semestinya baik~

nak diterangkan disini pakai tudung adalah satu kewajipan tak kiralah pakai dgn ikhlas atau pakai dgn cara terpaksa... dia dah pon melaksanakannya tanggungjawabnya... tiada pengecualian yg membolehkan nak tunggu dia ikhlas baru nak pakai... dah diwajibkan pakai-pakailah~ nak tunggu ikhlas apanya~ nih laa org yg memutakbelitkan hukum agama semata2 nak menghalalkan tindakannya~ sungguh malang mereka itu... dah lah tak mau pakai buat hukum baru lak tuh~ lagi teruk kalau org lain ikut tindakan dia dan menggunakan alasan yg sama... bila masa ikhlas ngan tak ikhlas di ambil kira...

yg dlm sukan lak tah laa.. bangga sungguh mereka beraksi dgn pakaian yg hanya 30% shja menutup tubuh mereka terutamanya renang berirama atau renang biasa, gymnastik semua tuh~ pakai mcm tuh pastuh terkinja2 dan terkangkang2 sana sini di depan ribuan org dan jutaan penonton tv... majlis agama tak pula bersuara... mcm sukan bina badan dulu pernah diharamkan org islam menyertainya pada suatu ketika dulu.. tetapi kini menggalakkan lagi lah pulak dan mereka semua berdiam diri...
Top
sakura hime
  Posted: Nov 26 2007, 12:23 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



hm.. topik yang menarik... aku pon ada opinion about this... aku mengaku w/p aku pakai tudung tapi dari segi berpakaian kadang-kadang aku masih alpa misalnya masih pakai t-shirt lengan pendek.. atau t-shirt yang ikut body shape.. dan sebenarnya aku masih berusaha untuk buang semua tu dan cuba pakai betul-betul ikut ajaran agama - baju longgar, tudung menutupi dada. sekarang sikit daripadanya dapat dibuat sebab sejak jadik pengajar ni... memang tutup aurat ikut ajaran la... bila pergi kerja.. hehe..

pasal luahan hati en halfy ni... bila aku fikir-fikirkan, sebenarnya siapa yang menetapkan rules etika berpakaian kerja? board of director ramai yang lelaki, bila nak carik staf nak yang jambu-jambu, seksi-seksi, comel-comel yang easy going.. atau siapa yang lebih suka memandang kecantikan wanita? kurang sangat la lelaki yang suka tengok perempuan menutup aurat ni, tak keluar dating.. siapa yang cenderung mengajar perempuan berpakaian menjolok mata? pereka? kebanyakan dari mereka semua lelaki... dan kalau aku tengok design baju dorang sume seksi-seksi belaka... pengarah filem banyak lelaki.. pelakon perempuan yang macam mana yang dorang suka nak ambik berlakon? mana ada yang bertudung litup macam ina naim ke...mana laku beb filem nanti... penganjur-penganjur ratu cantik? mana ada yang bertemakan busana muslimah? nak bertanding pakai 2 piece je.. kat hotel-hotel pulak... sama je... ada ke tak bagi pekerja pakai tudung? ingat kalau tak pakai tudung kerja akan jadik lebih bagus ke? aku pernah hadapi situasi macam nih.. memandang sebelah mata w/p kelulusan aku bagus dan terlebih layak pegang jawatan designer kat satu hotel kat kl dulu... RTM pulak? siapa menterinya? lelaki... masa isu rambut panjang bukan main siap banned lagi artis-artis lelaki berambut panjang, siap buat live si amy nak potong rambut.. tapi bila artis pompuan pakai baju berkemban, skirt pendek, terjojol sana, terjojol sini, takde pulak nak banned... fuh kalau tengok majlis2 anugerah aku pulak yang malu tengok perempuan-perempuan yang tak sedar diri nih... dalam hati kesian pun ada jugak

perempuan pulak sebenarnya memang singkat akal sikit. itu aku tak nafikan sebab itu memang natijah kajadian perempaun sejak azali (kalau ada perempuan tak tak puas hati pasal fact yang aku bagi ni sorryla ye) sebab tu talak diberi kepada lelaki, namun demikian masih ada saki baki lagi perempuan yang baik-baik... aku percaya tuh sebab aku baik... hehehe...

dalam hal ni kalau tunjang utamanya dah tak betul, khalifah yang memerintah pun tak boleh pakai macam mana kau nak mengharapkan perempuan yang sememangnya jalan pun senget untuk terus menepis godaan semacam ini... susah sebenarnya bila apa yang kami (perempuan) nak buat tapi takde sokongan dari orang-orang yang macam aku sebutkan.. so apa pilihan perempuan?? selama mana pun kami ni tertindas.. w/p bukan tindasan secara kasar...

aku tak tau le korang boleh faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan... jangan flame aku sampai lebam sudah la ye sebab aku tak niat nak kenakan sesape.. aku cuma rase perempuan macam aku ni selalu dalam dilemma... apa yang aku boleh buat bersabar sahaja lah...

Top
halfy
Posted: Nov 27 2007, 07:56 AM


Star Leftenan
*

Group: Shinra
Posts: 29
Member No.: 30
Joined: 24-July 07



QUOTE
pasal luahan hati en halfy ni... bila aku fikir-fikirkan, sebenarnya siapa yang menetapkan rules etika berpakaian kerja? board of director ramai yang lelaki, bila nak carik staf nak yang jambu-jambu, seksi-seksi, comel-comel yang easy going.. atau siapa yang lebih suka memandang kecantikan wanita? kurang sangat la lelaki yang suka tengok perempuan menutup aurat ni, tak keluar dating.. siapa yang cenderung mengajar perempuan berpakaian menjolok mata? pereka? kebanyakan dari mereka semua lelaki... dan kalau aku tengok design baju dorang sume seksi-seksi belaka... pengarah filem banyak lelaki.. pelakon perempuan yang macam mana yang dorang suka nak ambik berlakon? mana ada yang bertudung litup macam ina naim ke...mana laku beb filem nanti... penganjur-penganjur ratu cantik? mana ada yang bertemakan busana muslimah? nak bertanding pakai 2 piece je.. kat hotel-hotel pulak... sama je... ada ke tak bagi pekerja pakai tudung? ingat kalau tak pakai tudung kerja akan jadik lebih bagus ke? aku pernah hadapi situasi macam nih.. memandang sebelah mata w/p kelulusan aku bagus dan terlebih layak pegang jawatan designer kat satu hotel kat kl dulu... RTM pulak? siapa menterinya? lelaki... masa isu rambut panjang bukan main siap banned lagi artis-artis lelaki berambut panjang, siap buat live si amy nak potong rambut.. tapi bila artis pompuan pakai baju berkemban, skirt pendek, terjojol sana, terjojol sini, takde pulak nak banned... fuh kalau tengok majlis2 anugerah aku pulak yang malu tengok perempuan-perempuan yang tak sedar diri nih... dalam hati kesian pun ada jugak


Perenggan ini menarik perhatian saya. Tidak dinafikan ada sesetengah pekerjaan yang kelihatan memaksa atau memang memaksa pekerja wanita Islam untuk tidak menutup aurat. Saya sendiri pernah difahamkan suatu ketika dahulu, pihak TV3 tidak membenarkan pembaca berita wanitanya memakai tudung atau mereka akan ditukar jawatan menjadi pengacara/wartawan lokasi sahaja. Pihak atasan di dalam agensi/syarikat tertentu mungkin kebanyakannya lelaki yang memaksa pekerja wanitanya mendedahkan aurat tetapi adakah itu alasan untuk terus melakukannya? Bukankah masih ada banyak kerja lain di negara ini yang tidak memerlukan pekerja wanitanya mendedahkan aurat. Bak kata pepatah moden "hendak, seribu daya; tak nak, sudah!". Kalu betul mereka dipaksa, mungkin boleh dimaafkan, tambahan sekarang ini sukar memilih kerja, tetapi apa yang menyedihkan hati saya ialah, para wanita ini yang kononnya dipaksa ini kelihatan gembira dan seronok tidak bertudung. Jadi saya terfikir, patutkah saya berasa kasihan ke atas mereka ini?

Itu soal kerja. bagaimana pula dengan soal 'sukan' seperti yang saya sebutkan di atas? Tidak pula saya mendengar seseorang itu dipaksa memakai pakaian renang atau sekurang-kurangnya dipaksa menyertai sukan renang.

Akhir sekali, soal rekaan fesyen. Saya mengaku bahawa saya ialah seorang pereka bebas yang sudah mereka beberapa pakaian pengantin perempuan. Memang benar ada kalanya rekaan gaun pengantin saya agak 'terdedah' tetapi ini semuanya di atas permintaan 'pelanggan' saya sendiri yang biasanya terdiri daripada beberapa buah 'butik kampung', dan saya melakukannya secara sukarela dengan upah minimum kerana saya tahu mereka pasti akan mengubahsuai lagi rekaan saya itu menjadi lebih 'terdedah', sesuai dengan kemahuan pelanggan mereka pula. Saya tidak pula pernah meniatkan agar pakaian itu dipakai oleh pengantin Islam kerana saya tahu bersanding itu sendiri mungkin haram di dalam Islam (saya menggunakan perkataan 'mungkin' di sini kerana ia belum difatwakan). Selain pakaian pengantin, saya juga pernah mereka pakaian kasual yang agak seksi tetapi saya tidak pernah menghasilkannya. Kalaupun saya mahu membuatnya nanti, biarlah isteri saya sahaja yang memakainya, cuma di depan saya. Saya tidak akan mengenakannya ke atas model. Bila sebut pasal model, kenapa memilih menjadi model jika sudah tahu akan 'dipaksa' mengenakan pakaian yang seksi? Jadi meletakkan 100% kesalahan ke atas pereka fesyen adalah tidak wajar di sini.
Top
sakura hime
  Posted: Dec 3 2007, 10:46 AM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



kata-kata en halfy memang ada benarnya. and i'm not blaming anyone pasal hal-hal tersebut. it's just luahan hati seorang perempuan yang kadang-kadang tersepit bila menghadapi situasi begini... bagi aku, kalau dah tau perkara tu salah, dan buat jugak, orang tuh memang saja cari masalah.

macam aku, dalam kes sanggup ke buka tudung hanya nak dapatkan jawatan tu? aku pilih untuk tidak buka tudung yang aku dah pakai sejak darjah 4 walaupun i was desprate to get a job at that time. aku tak fikir lama untuk memberi jawapan pada soalan bodoh tu.. tapi fikir-fikir balik aku rasa menyesal sangat-sangat sebab tak sound penemuduga islam yang bodoh tuh... memang aku menyesal sangat...

sebenarnya pilihan ditangan kita. tapi dalam kebanyakan hal.. aku sedih jugaklah bila tengok kawan-kawan perempuan, orang-orang disekeliling aku yang masih memilih pilihan yang salah walaupun tahu apa yang mereka buat tu salah... malah memberi alasan yang pelbagai untuk mempertahankan perbuatan salah dorang sendiri... wallahualam...
Top
Athrun Zala 02
Posted: Jan 1 2008, 07:25 PM


Star Squire
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 4
Member No.: 56
Joined: 1-January 08



Saya Bertudung......tetapi...saya juga
Date: Friday, September 29 2006 @ 00:00:00 MYT
Topic: Lifestyle dept.


Saya Bertudung......tetapi...saya juga " :



Berpakaian :
Berbaju lengan labuh tetapi ketat.( Body shape )
Berbaju labuh tetapi lengan pendek.( T-Shirt )
Berbaju ,lengan Labuh tetapi seluar panjang Fit / low waist.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi 5 suku ( paras betis )
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh
tetapi tudung befesyen kebelakang nampak leher & dada.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi baju saya XX-ray

Bersifat :
( Penyayang ) Selalu keluar kesana sini dengan
teman lelaki.(Bukan Muhrim/Mahram)
( Mengeratkan Silaturahim ) Berpegangan Erat
tangan dengan teman lelaki semasa berjalan.
( Berhati-Hati ) Memeluk teman lelaki semasa membonceng motosikal.
( Ingin Tahu ) Selalu meletakkan kepala di
atas bahu teman lelaki saya semasa menyaksikan air laut.
( Tak cemburu ) Tak kisah Suami orang ker tidak..( Tak Ori Tapi OK )

Berpengalaman :
( Pelakon ) memakai tudung semasa beraksi di
dalam VCD Berhari-Hari Di TUPAH. / JITRA 1 & 2.
( Model ) memakai tudung semasa mengayakan
aksi-aksi di luar batasan.
( Penyanyi ) memakai tudung semasa berkaraoke
bersama teman-teman lelaki.
( Penari ) memakai tudung semasa beraksi di
atas pentas untuk uji bakat Malaysian Idol.
( Safety First ) memakai tudung semasa mencari
tempat maksiat yang line clear.
( Jurusolek ) memakai tudung tetapi kening ditarahnya sehingga nipis.

* Selalunya wanita yang bertudung yang
sedemikian memang nampak baik ,sopan sebagai contoh :

( Bercakap Benar ) Ni 1st time I naik moto dengan lelaki.....
( Murah Hati ) Alahhh..I tak kisah...asalkan U jangan lebih-lebih dahlahhh...
( Pemalu ) Yang'g..kat sini orang nampak...marilah duduk disanaaa.....
( Bertangungjawab ) Alahhh...yangg..berani
kita berduer buat berani ler kiter tanggung....
( Prihatin ) Yangg....dah 2 minggu lebih I tak datang bulan purnama.


* Zaman Sekarang ini Tudung kepada
wanita-wanita sedemikian seolah-olah adalah
fesyen,trend ataupun adat.(di Negara Arab ,wanita
bukan Islam juga bertudung & berpudrah.)

* Janganlah kita menilai wanita yang tak
bertudung dengan satu nilaian yang buruk..tetapi
kita dorongilah mereka & berilah galakan yang
sewajarnya kerana ia adalah kewajipan sebagai
seorang Muslimin.

* Kepada wanita/remaja/perempuan yang
bertudung seperti yang digambarkan di atas
janganlah kalian mencemarkan nama baik Islam
,Janganlah besembunyi disebalik tudung anda.



Koreksi :
Koreksi ataupun catatan diatas bukanlah untuk
menghina sesiapa tetapi anda-anda inilah yang
membuat agama Islam kita dihina oleh agama &
bangsa lain.Cuba fikir-fikirkanlah sebelum membuat
sesuatu persediaan jangan kerana anda-anda ini
Islam kita tercemar.Di dunia ini kita ibarat
sedang dibuai mimpi.Belum lagi terjaga dihari
akhirat yang nyata.Cubalah kita luangkan masa 10
hingga 15 minit memikirkan tentang diri
kita,keluarga kita,cukupkah bekalan kita di
akhirat untuk berjumpa dengan Allah Jala'Waala.Di
sini saya ingin menasihati diri saya dan diri
kita-kita agar perbaharui (Tajdid) Keislaman kita
kepada yang Asal.

Demi Memartabatkan Al-Quran & menegakkan
As-Sunnah SAW.

cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wanita kerana senyuman,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
hebat wanita kerana kesabaran,
mulia wanita kerana keimanan dan cintakan Ilahi

Top
Athrun Zala 02
Posted: Jan 1 2008, 07:26 PM


Star Squire
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 4
Member No.: 56
Joined: 1-January 08



Bertudung -vs- Berfesyen

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan


Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya


Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Top
sakura hime
Posted: Mar 17 2008, 12:27 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



Rasa insaf bila baca apa yang Athrun hantar ni... mana taknya, sikit-sikit memang terikut gaya macam perempuan-perempuan begitu dan berasa sungguh malu. Perempuan yang macam ini memang pentingkan siri sendiri sebab tak kesian kepada wali-wali mereka.. jadi bila aku terbayang wajah tua ayah aku tu aku rasa sebak sebab aku juga buat dia macam tu... :cry:

Aku dah taknak disamakan dengan perempuan-perempuan tu lagi...
Top
Yukikaze
Posted: Mar 27 2008, 10:22 PM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



pembetulan patutnyer~

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang hidung boleh keluar darah~

nosebleed~ :nb:
Top


Topic Options



Hosted for free by InvisionFree (Terms of Use: Updated 7/7/05) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1582 seconds | Archive

Skin created by Black Widow of the IF Skin Zone