7 Down skin created by Black Widow of the IF Skin Zone.


GUESS MY NUMBER (1 - 100)

Score:
Dealer
Card(s):
Player
Card(s):

This BlackJack Arcade Provided By,
Xbox Fantasy


Announcements & Affiliates
"PHQ sekarang telah di buka dan beroperasi seperti biasa... silalah lawat rumah baru yg serba oren itu... walau bagaimanapon masih terdapat lagi kerja2 pembaikkan yg dilakukan dan mungkin menyebabkan gangguan... oleh itu sebarang kesulitan boleh melaporkan terus masalah kepada iruga- Department of Keronian Communication "
Image Hosted by ImageShack.us
Pages: (7) [1] 2 3 ... Last » ( Go to first unread post )

 Isu Semasa, isu-isu semasa dalam dan luar negara.
Yukikaze
Posted: Jun 28 2007, 11:01 PM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



apa2 jer berita yg anda ketahui dan ingin kongsi bersama... kalau ada artikel lagi bagus tapi sila pastikan ada sumber tempat ia di ambil kalau ada tarikh lagi bagus...
Top
lie_lc
Posted: Jul 8 2007, 10:31 AM


Star Marshal
*

Group: First Class Citizen
Posts: 812
Member No.: 18
Joined: 7-July 07



Seks bebas di kalangan remaja membimbangkan..

HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.

Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.

Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj (gambar), berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat seolah-olah semakin berleluasa.

Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.

Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta individu itu sendiri.

Katanya, Islam sendiri melarang keras zina melalui, firman Allah bermaksud: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ - (Surah al-Israk, ayat 32).

“Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan. Ini seperti kita melihat kejadian tsunami yang tidak nampak bila akan berlakunya, tetapi jelas sekali selepas peristiwa itu banyak benda musnah dan binasa.

“Bencana itu turut menghapuskan populasi dan kita terharu serta sebak apabila melihat mayat bertaburan di sana sini. Keadaan itu sebenarnya samalah yang dibawa gelombang maksiat perzinaan, malah lebih teruk lagi kerana membabitkan nasab manusia, hukum Tuhan dan dosa serta kesihatan sama ada bagi wanita mahupun lelaki,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Harlina berkata, dari sudut kesihatan sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan.

Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.

Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan.

Katanya, kesan perzinaan juga menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti masalah mental. Kesan psikologi tidak mampu diatasi dengan baik boleh mengakibatkan tekanan mendalam, terutama bagi mereka sering dilanda ketakutan dan perasaan bersalah terhadap perbuatannya yang bertentangan dengan fitrah manusia.

“Saya juga bimbang lahirnya anak yang tidak mendapat perhatian ketika kehamilan kerana ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi sama ada pada bayi dikandung, mahupun wanita itu sendiri.

“Selain itu, kehamilan luar nikah akibat perzinaan turut membawa pelbagai masalah sosial lain seperti kes buang bayi dan sebagainya,” katanya.

Dr Harlina berkata, kesan perzinaan tidak hanya pada wanita semata-mata, tetapi juga lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Antaranya ialah jangkitan penyakit kelamin dan peningkatan kes jangkitan berjangkit seperti HIV/Aids.

Beliau berkata, bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya zina, khususnya remaja, JIM akan melancarkan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’. Kempen ini juga memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak di dalam menangani permasalahan gejala sosial.

“Kempen menghindari zina ini dilihat sebagai satu usaha bersepadu yang mendapat perhatian ramai dan JIM melihat keperluan mengadakannya adalah sangat penting kerana gejala sosial membabitkan seks di luar nikah amat ketara di negara ini, terutama di kalangan remaja dan tidak terkecuali wanita atau lelaki yang sudah berkahwin,” katanya.

Beliau berkata, perkataan ‘zina’ sengaja digunakan dalam kempen kerana ia adalah bahasa di dalam al-Quran bagi menerangkan makna hubungan seks yang membabitkan pasangan tiada ikatan perkahwinan dan setiap umat Islam dilarang keras mendekati atau melakukan perbuatan keji itu.

Justeru, dengan menggunakan pendekatan secara berterus terang, termasuk menggunakan perkataan ‘zina’ di dalam kempen, ia seolah-olah memberi peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan itu sememangnya terkutuk dan dilaknati.

Jadi, adalah tanggungjawab semua untuk menghindarkan diri dan ahli keluarga daripada terjerumus dalam kemelut perzinaan yang membawa kepada kepada kerosakan diri dan masyarakat.

“Selain definisi seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina. Apa yang dibimbangkan, perkataan itu tidak memberikan impak dan kesedaran tinggi sehingga ada menganggap, perlakuan salah dan haram itu sesuatu yang sudah biasa.

“Sekurang-kurangnya, dengan perkataan zina ia mengingatkan kita semula betapa hukuman berat ke atas penzina oleh Allah termasuk, hukuman sebat dikenakan kepada yang belum pernah berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang pernah berkahwin.” katanya.

Dr Harlina berkata, kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ dilancarkan bersempena Malam Amal Raudhatus Sakinah yang akan diadakan di Dewan Wawasan Seri Cempaka Convention Centre, Bangunan PGRM Cheras pada 14 Julai ini.

Majlis amal yang eksklusif untuk wanita itu bakal diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

INFO: Malam Amal Raudhatus Sakinah
Top
Imperial
Posted: Jul 8 2007, 07:44 PM


Unregistered
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1069
Member No.: 3
Joined: 25-June 07



mengapa banyak remaja sekarang dah tersesat jauh dari jalan yang sebenar?
siapa yang perlu dipersalahkan?

Ibu-bapa?
Media?
Persekitaran?
Top
Yukikaze
Posted: Jul 9 2007, 09:01 AM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



QUOTE
Biar kerajaan tentukan -- Bernas tidak dibenar naikkan harga beras – Najib

Oleh ROZILAN SALLEH dan SAHBULAH DARWI

BUKIT MERTAJAM 8 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak berhasrat membenarkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menaikkan harga beras memandangkan rakyat sangat sensitif dengan kenaikan harga bahan makanan itu.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kadar harga beras akan ditentukan oleh kerajaan berdasarkan fakta dan keadaan semasa supaya ia tidak membebankan rakyat.

‘‘Kita akan tentukan (harga) bila kita dapat fakta-fakta mengenainya sebab tidak ada keinginan bagi kerajaan untuk menaikkan harga beras,” kata Najib.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementeriannya akan mengadakan perjumpaan khas dengan Bernas berhubung pengumuman mengejut kenaikan harga beras import oleh syarikat itu.

Muhyiddin mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Dr. Zulkifli Idris memanggil pihak pengurusan Bernas untuk mendapatkan penjelasan mengenai asas-asas kenaikan harga beras import itu.

Utusan Malaysia difahamkan, pertemuan antara Dr. Zulkifli dengan Bernas akan diadakan di Putrajaya, esok.

Menurut Najib, Bernas tidak dibenarkan menaikkan harga beras tanpa merujuk kepada kerajaan melalui kementerian berkaitan kerana beras merupakan barangan yang sangat sensitif di negara ini.

Beliau memberitahu, sebarang perubahan harga komoditi itu tentu memberi kesan yang meluas kepada pengguna.

‘‘Jadi tentu sekali dalam satu atau dua hari ini kita akan dapat tahu perkembangan selanjutnya dan mungkin Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan memberi laporan kepada Kabinet dalam mesyuarat Rabu ini,” jelasnya.

Ditanya adakah tindakan Bernas menaikkan harga beras itu dianggap satu perbuatan yang membelakangkan kerajaan, Najib berkata: ‘‘Kita hendak tahu apa sebabnya dahulu.”

Kelmarin, Bernas mengumumkan kenaikan harga borong beras putih, beras wangi, beras basmathi dan beras pulut atas alasan berlaku kenaikan harga beras di pasaran dunia serta kenaikan kos pengendalian.

Kenaikan harga beras di peringkat pemborong itu berkuat kuasa 1 Julai lepas membabitkan kenaikan lima sen dan 10 sen sekilogram bagi beras putih, beras wangi dan beras basmathi, manakala 20 sen sekilogram bagi beras pulut.

Menurut Bernas, kenaikan harga pelbagai gred beras itu tidak menjejaskan harga beras tempatan yang dikawal kerajaan. Beras dengan kandungan hancur 15 peratus ditetapkan kerajaan pada harga antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram.
Utusan- 9/7/2007


harga beras lak naik~ mari makan ubi lak... ubi bakar pon sodap~~
Top
lie_lc
Posted: Jul 9 2007, 09:39 AM


Star Marshal
*

Group: First Class Citizen
Posts: 812
Member No.: 18
Joined: 7-July 07



QUOTE (Imperial @ Jul 8 2007, 07:44 PM)
mengapa banyak remaja sekarang dah tersesat jauh dari jalan yang sebenar?
siapa yang perlu dipersalahkan?

Ibu-bapa?
Media?
Persekitaran?

jawapan ak 1 jer.. salahkan diri sendiri!! sape suruh terpengaruh!! :angry:
Top
Yukikaze
Posted: Jul 21 2007, 08:35 AM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



kuh~ kuh~ kuh~ For Mother Russia~ :rock:

QUOTE
Rusia kembali kuasa baru? - Diramal muncul ancaman baru dalam 10 tahun

LONDON 20 Julai – Rusia sedang berusaha untuk menjadi salah sebuah negara kuasa dunia dan merancang untuk memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan negara-negara Eropah.

“Rusia mungkin akan menjadi ancaman dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang,” kata Menteri Luar Republik Czech, Karel Schwarzenberg dalam satu wawancara dengan akhbar Financial Times keluaran hari ini.

Tambah beliau, Rusia kini ingin mendapatkan kembali status yang pernah dinikmati dulu, yang kini dimonopoli oleh Amerika Syarikat, dan kedua-dua negara berkenaan ingin menjadi negara yang menentukan isu-isu berkaitan dengan Eropah.

“Bagaimanapun saya ingin meminta maaf memandangkan ia juga merupakan urusan negara-negara Eropah,” ujar Schwarzenberg.

Republik Czech telah dicadangkan sebagai tapak untuk menempatkan sistem pertahanan antipeluru berpandu AS yang dituduh akan mengancam keselamatan Rusia.

Menurut Schwarzenberg, walaupun Rusia bukan lagi satu ancaman besar tetapi berdasarkan beberapa kejadian yang mengejutkan sejak kebelakangan ini, ia mungkin akan bangkit semula untuk muncul sebagai salah satu negara kuasa besar.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan tindakan Rusia menarik diri daripada Perjanjian Tentera Konvensional Eropah (CFE) sebagai sesuatu yang mengecewakan.

Pada 15 Julai lalu, Presiden Vladimir Putin, telah menandatangani dekri membatalkan penyertaan Rusia dalam CFE, salah satu perjanjian penting selepas perang dingin di Eropah.

Tindakan Rusia yang mendapat bantahan dari AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) disyaki sebagai bantahan Rusia terhadap AS menempatkan sistem pertahanan baru di Republik Czech, yang boleh mengancam kedudukan Rusia.

Bagaimanapun AS mempertahankan tindakan tersebut yang dikatakan disasarkan terhadap Iran.

– AFP

utusan - 20/7/2007



huhuhuuu~~ Malaysia gak dapat nama... :whistle:

QUOTE
AS dakwa lelaki eksport peralatan jet secara haram

NEW YORK 20 Julai – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa seorang lelaki atas tuduhan mengeksport komponen jet pejuang F-5 dan F-14 secara haram ke Malaysia.

Pegawai berkata, destinasi sebenar komponen tersebut dipercayai Iran.

Penduduk Long Island, New York, Jilani Humayun, 59, didakwa melanggar Akta Kawalan Eksport Senjata, berkonspirasi untuk melakukan penipuan menerusi pos dan berkonspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram.

Warga Pakistan itu boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.

“Jilani didakwa dengan sengaja menghantar teknologi berbahaya seperti komponen F-5 dan F-14 ke Malaysia tanpa menghiraukan destinasi akhirnya.

“Seperti yang sudah diketahui, satu-satunya pelanggan untuk komponen F-14 ialah Tentera Udara Iran,” kata Pendakwa Raya AS, Michael Garcia dalam satu kenyataan.

– Agensi
Top
wazir
Posted: Jul 23 2007, 03:25 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 101
Member No.: 15
Joined: 5-July 07



QUOTE (Imperial @ Jul 8 2007, 07:44 PM)
mengapa banyak remaja sekarang dah tersesat jauh dari jalan yang sebenar?
siapa yang perlu dipersalahkan?

Ibu-bapa?
Media?
Persekitaran?

diri sendiri..
kalau sayang kat seseorang..
kena pandai kawal diri..
kawal pasangan anda secara tidak langsung..
memang akan ada rangsangan yang akan wujud..

tidak dinafikan, remaja sekarang telah menjadi lebih advanced dari masa dulu
selain itu, pendedahan yang tidak dijaga batasnya seperti laman web lucah dalam internet juga boleh dijadikan sebagai pencetus rasa ingin atau perangsang kepada kegiatan ini. seperti yang kita semua sudah tahu..internet ini memang dunia tanpa sempadan. mungkin ada yang tidak boleh diakses secara terus, namun masih ada sumber laman web lucah yang lain seperti youtube, ****tube, *-tube dan masih ada yang lain boleh dijadikan sebagai sumber tontonan umum.

hmm..topik menarik ni..kalau nak, boleh buka satu topik khusus untuk tajuk ni. cadangan.
Top
ryunami
Posted: Jul 24 2007, 11:13 AM


Star Major
*

Group: First Class Citizen
Posts: 257
Member No.: 7
Joined: 26-June 07



aku rasa.. masalah remaja skrg.. ibu bapa saja x leh dipersalahkan..
aku dpt idea ni sb byk terbaca.. artikel2 dr kaunselor dan kisah2 benar dlm paper..
kdg2.. ibu bapa dah cuba beri didikan agama dan moral yg terbaik pd anak2..
tapi dgn pengaruh di luar yg lbh hebat.. sikap baik dan bermoral tu hilang once dierang kuar pagar rumah..
pengaruh kwn2 la yg plg hebat.. lps tu pengaruh media (media elektronik esp dan internet)..
Top
Kain
Posted: Jul 24 2007, 12:17 PM


Persona 3 Addiction
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1017
Member No.: 1
Joined: 25-June 07



ye betui..

tapi still banyak jugak kes yang tdisebab oleh ibubapa... yelah kan kalo bu bapa teruk anak kalo tak tertekan dieorg ikut sekali... anak2 selalunya akan ikut cara mak bapapk bergaul
Top
wazir
Posted: Jul 25 2007, 01:09 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 101
Member No.: 15
Joined: 5-July 07



fenomena ini akan wujud sampai bila-bila pun selagi kita masih hidup. kesimpulan secara rawak, tapi bila difikirkan memang betul pun. tak boleh nak disangkalkan.

jadi dalam akhbar hari ni ada apa-apa yang menarik? tadi tak sempat beli surat khabar. yukikaze sebagai penyampai berita..
Top
Yukikaze
Posted: Jul 25 2007, 01:26 PM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



hoho... paper masih hot pasal cikgu...

skrg nih musim cikgu naik angin kot...

tapi sapa yg buat cikgu naik angin... bebudak degil juga...

bebudak degil tak mau dengar cakap cikgu... bila result buruk cikgu gak kena...

bila cikgu marah, bebudak lak repot kat bapak dia org... cikgu gak kena...

mmmm... rasengan jer sekor2... hahahahahaa puas hati... :gun:
Top
Imperial
Posted: Jul 25 2007, 01:35 PM


Unregistered
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1069
Member No.: 3
Joined: 25-June 07



cikgu gaji tinggi..
bukan siswazah naik 25%
Siswazah naik 15%

member aku keje jadi cikgu baru 6 bulan, dah boleh angkat kete wira siap convert enjin tebo..

Top
Kain
Posted: Jul 25 2007, 01:43 PM


Persona 3 Addiction
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1017
Member No.: 1
Joined: 25-June 07



jadi cikgu sekang nih tekanan lebeh.. yela.. bebudak kalo sentuh sket.. masuk surat kabo.. masuk berita .. sian aku kekadang

tapi ade setengah cikgu tuh.. pasal lampin wanita tersumbat dalam jambang pon nak denda satu dorm.. pastuh suruh rendam dalam kolam kutur...

logik ker?


:td:
Top
Yukikaze
Posted: Jul 25 2007, 02:01 PM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



dgr katanya kolam tuh bukan kolam kotor pon... saja ada org buat citer...

siap suruh reramai lagi dtg tgk kolam tuh...

yg budak2 degil tuh pon 1... dah tau menda tuh tak larut air.. buang ler dlm tong sampah... dah kena cakap banyak kali dah pon... nih nak kena cakap german kat dia org nih... baru paham kot..

nih mmg masalh semua sek... tak pasal2 tukang kebun yg kena seluk...

buang benda2 seperti itu dlm toilet... pastuh sumbat...
Top
ryunami
Posted: Jul 25 2007, 02:29 PM


Star Major
*

Group: First Class Citizen
Posts: 257
Member No.: 7
Joined: 26-June 07



masalah pembuangan tuala wanita ni.. mana2 asrama yg ada pelajar perempuan mesti mengalamai masalah nih.. even di kolej2 kediaman di u sekali pun (except yg menyediakan tong2 sampah khas) .. cikgu tu spttnya tanggani masalah ni dgn cara yg lbh realistik.. rendam students even dlm lava gunung berapi sekali pun takkan menyelesaikan masalah ni.. lama kelamaan bsok.. masalah ni akan timbul smule.. studentn pompuan yg lain pula akan buat..

apa kata pihak sekolah .. mengadakan 1 sesi khas seminggu sekali dgn student pompuan mengingatkan perkara2 berkaitan .. mcm sekolah aku pernah buat dulu.. jika tidak.. guru2 wanita terutama guru pendidikan jasmani.. patut memainkan peranan dlm mengingatkan mrk di samping berbincang perkara2 tersebut dgn students2 pompuan nih.. apa salahnye menggunakan salah satu dr sesi jasmani tu.. sebulan sekali ke.. utk tujuan tu.. percayalah.. di peringkat ni.. ramai di kalangan student pompuan ni dahagakan maklumat berkenaan perkara2 yg berkaitan dgn diri mrk yg mungkin menjadi isu taboo atau malu utk dibincangkan di rumah..
Top


Topic OptionsPages: (7) [1] 2 3 ... Last »



Hosted for free by InvisionFree (Terms of Use: Updated 7/7/05) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.7949 seconds | Archive

Skin created by Black Widow of the IF Skin Zone