7 Down skin created by Black Widow of the IF Skin Zone.


GUESS MY NUMBER (1 - 100)

Score:
Dealer
Card(s):
Player
Card(s):

This BlackJack Arcade Provided By,
Xbox Fantasy


Announcements & Affiliates
"PHQ sekarang telah di buka dan beroperasi seperti biasa... silalah lawat rumah baru yg serba oren itu... walau bagaimanapon masih terdapat lagi kerja2 pembaikkan yg dilakukan dan mungkin menyebabkan gangguan... oleh itu sebarang kesulitan boleh melaporkan terus masalah kepada iruga- Department of Keronian Communication "
Image Hosted by ImageShack.us
Pages: (7) « First ... 5 6 [7]  ( Go to first unread post )

 Isu Semasa, isu-isu semasa dalam dan luar negara.
lie_lc
Posted: Nov 16 2007, 01:44 PM


Star Marshal
*

Group: First Class Citizen
Posts: 812
Member No.: 18
Joined: 7-July 07



QUOTE
Guru lemas selamat pelajar

Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

KUALA BERANG: Hajat seorang guru Biologi, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, menamatkan zaman bujang pertengahan bulan depan tidak kesampaian apabila lemas di Taman Rekreasi Air Terjun Sekayu, dekat sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, Rosidi Sulaiman, 27, dari Kampung Permatang Pasir, Selama, Kedah, dikatakan pergi ke kawasan itu bersama tiga pelajarnya untuk menjalankan kajian kandungan oksigen dalam air.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan lemas ketika cuba menyelamatkan seorang pelajarnya, Siti Amirah Zulkifly, 16, dari Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan daripada lemas.

Difahamkan, selepas dapat menyelamatkan pelajar terbabit, mangsa kemudian dikatakan terus tenggelam sebelum dibantu orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Dua lagi pelajar, Nor Adila Muhammad, dan Nor Liyana Mohammad, masing-masing berusia 16 tahun terselamat apabila dikatakan berada di atas batu berhampiran mangsa.

sumber: Harian Metro


isk.. mulianya pengorbanan seorang guru~ :cry:
Top
sakura hime
  Posted: Nov 19 2007, 09:40 AM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



berita mengenai seorang kanak-kanak sanggup membunuh diri hanya kerana gagal satu matapelajaran memang sangat tragik. bagaimana seorang anak kecil boleh berfikir sedemikian...

QUOTE (berita harian online @ 19 November 2007)
Murid ditemui tergantung selepas keputusan UPSR
Oleh Fazallah Pit

NIBONG TEBAL: Seorang murid perempuan yang dipercayai kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mati kira-kira 14 jam selepas ditemui tergantung di rumahnya di sini, awal pagi semalam.

S Subashini, 12, ditemui tergantung dengan kain selimut pada jeriji tingkap bilik rumahnya di tingkat dua kuarters Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Changkat, Sungai Jawi.

Subashini, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sempah yang mengambil tujuh subjek dipercayai berbuat demikian kerana kecewa apabila hanya memperoleh 4B 2C 1D, walaupun yakin mampu mendapat A dalam semua subjek.

Mendiang memperoleh B bagi subjek Bahasa Malaysia (Penulisan), Matematik, Sains, Bahasa Tamil (Penulisan); C bagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil (Penulisan) dan D bagi Bahasa Malaysia (Pemahaman).

Anak kedua daripada lima beradik itu ditemui kakaknya, Shaleni, 13, kira-kira jam 1.40 tengah hari kelmarin dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke Hospital Sungai Bakap. Subashini kemudian dipindah ke Hospital Seberang Jaya, tetapi disahkan mati pada jam 4.05 pagi semalam.
Bapanya, G Sivakumar, 36, pekerja rendah awam PBAPP, berkata beliau tidak menyangka anak keduanya itu sanggup berbuat demikian, walaupun mengetahui Subashini kecewa dengan keputusan diperolehnya.

Katanya, beliau tidak memarahi Subashini atas keputusan itu sebaliknya berjanji menghantarnya ke kelas tuisyen bagi memperbaiki prestasi mata pelajaran yang lemah.

Beliau juga berjanji membelikan anaknya cincin bagi setiap satu mata pelajaran yang lulus dan Subashini menyuruhnya membelikan sekurang-kurangnya empat cincin.

“Cuma yang saya lihat, Subashini tidak selera makan dan kurang ceria berbanding biasa selepas mendapat keputusan UPSR, tetapi saya tidak menyangka berlaku sebarang kejadian buruk,” katanya ketika ditemui di pekarangan kuarters itu, semalam.
Sivakumar berkata, beliau juga kesal dengan layanan Hospital Sungai Bakap dan Hospital Seberang Jaya terhadap anaknya kerana dibiarkan terlantar selama kira-kira 12 jam tanpa diberikan rawatan sewajarnya.

Katanya, selama kira-kira tiga jam berada di Hospital Sungai Bakap, anaknya yang masih bernyawa hanya terlantar di katil wad tanpa rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.

Di Hospital Seberang Jaya pula, Subashini tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan alasan tiada katil kosong.

“Kira-kira jam 2.15 pagi, saya lihat Subashini menarik nafasnya yang terakhir dan darah tersembur dari hidungnya.

“Apabila saya maklumkan kepada doktor, mereka terus membawanya ke ICU sedangkan sebelum itu mereka mendakwa tiada kekosongan katil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Koh Hong Sun yang dihubungi mengesahkan polis menerima laporan kematian itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Top
Yukikaze
Posted: Nov 19 2007, 10:20 AM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



nih banyak sgt tgk citer hundustan ngan tamil kot~ sesikit bunuh diri~

dulu pon ada kes mcm tuh gak kan~

tapi yg paling dahsyt sampai masuk mastika - tembak kepala sendirik ngan senapang... kepala bersepai sampai mata sampai tersangkut kat atas pokok sebelah rumah... tak ingat exam apa spm kot rasanya
Top
Kain
Posted: Nov 19 2007, 02:58 PM


Persona 3 Addiction
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1017
Member No.: 1
Joined: 25-June 07



cam yuki kate.. selalu sangat tengok Citer Tamil atau Hindustan...

menurut familynya die terlampau konfiden dapat sekurang-kurang 4A

so die tak Dapat A Langsung . itu la pasal die commit suicide
Top
Yukikaze
Posted: Nov 19 2007, 03:05 PM


Führer~ Führer~ Führer~
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 959
Member No.: 4
Joined: 25-June 07



hah~kalau dlm exam biasa kat sekolah tak pernah dapat A... tetiba exam sebenar mengharap 4A biar betik~ hah~ kan dah jadik buah betik busuk jatuh~

lain lah kalau dlm exem biasa dia sentiasa dapat A... kalau tetiba exam betul takde A langsung kan leh semak balik~ itu pon ada berkemungkinan faktor lain spt bg jawapan yg di bg di luar kehendak soklan utk soklan subjektif~
Top
sakura hime
  Posted: Nov 19 2007, 04:05 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



walau camana pon aku tetap rase it's a tragik. cuba ko bayangkan umur dia baru 12 tahun beb... apa sangatlah dalam pemikiran dorang tu... too young... kalau dah beso... tu boleh la kita nak kata dia singkat pemikiran... walau pun dia tidak fikir panjang dan tidak hargai nyawa... still aku rasa sedih budak-budak sekarang boleh fikir sampai tahap nak bunuh diri sebab hal remeh je....

aku rase mesti dia kena bebel ni ngan mak dia ke... kena peleceh ke ngan sape2 mungkin sebab dah terlepas cakap, konfiden sangat, so bila ada kantoi kena kutuk la... agaknya tu yang dia tak leh trima...
Top
Kain
Posted: Nov 19 2007, 04:53 PM


Persona 3 Addiction
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1017
Member No.: 1
Joined: 25-June 07



aku budget ade pressure dari family gak.. kalo tak napa die sangguh bunuh diri.
Top
sakura hime
  Posted: Nov 19 2007, 05:05 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



totally agree... aku pikir pon camtuh... sebab budak kalau kecik ati tak sama macam orang tua... aku teringat sepupu aku yang darjah 4 tu... sebab dia tertolak adik dia (jatuh dan terhentak kepala kat longkang) sampai retak tempurung kepala, then bapak dia pegi marah kaw-kaw... berapa bulan dia depressed tau... masa raya tu baru dia nak bercakap dgn orang tau... jangan sembarangan cakap dengan budak2 nih... ada bahaya jugak...
Top
Kain
Posted: Nov 19 2007, 05:08 PM


Persona 3 Addiction
Group Icon

Group: Star Admiral
Posts: 1017
Member No.: 1
Joined: 25-June 07



well biasala.. manusia sama je ade feeling. cam budak gak.. kalo dipressure dengan teruk memang mental jugak la.. lelagi tiada pegangan agama yang kuat.. sure la jadi bende camtuh
Top
sakura hime
  Posted: Dec 7 2007, 02:24 PM


Star Major
*

Group: Second Class Citizen
Posts: 162
Member No.: 55
Joined: 13-November 07



berita kemurungan dan membunuh diri ini menarik perhatian hime untuk dikongsi bersama...

QUOTE
Remaja mahu terkenal bunuh 8 orang
Penyerang mempunyai sejarah kemurungan turut bunuh diri

BELLEVUE: Robert Hawkins, 19, yang menembak mati lapan orang di kompleks beli-belah Omaha kelmarin sebelum mengambil nyawanya sendiri semata-mata mahu jadi 'terkenal' mempunyai sejarah kemurungan.

Beliau disifatkan semakin pulih sejak tinggal bersama keluarga seorang rakannya kira-kira setahun lalu, bagaimanapun selepas berpisah dengan teman wanitanya dua minggu lalu, dia kembali murung.

Sebelum mengamuk tengah hari kelmarin dia juga dipecat daripada sebuah restoran makanan segera, kata seorang anggota keluarga angkat Hawkins, Debora Maruca-Kovac.

Debora yang berkerja sebagai jururawat pembedahan berkata, kel-uarganya menerima Hawkins selepas lelaki itu berkawan baik dengan anak perempuan dan lelakinya berusia 17 dan 19 tahun.

Beliau melihat sendiri satu nota bunuh diri yang ditinggalkan Haw-kins.

"Saya mempunyai perasaan bahawa ia mungkin beliau," katanya.

Beliau memberitahu Associated Press bahawa beliau dan suaminya membenarkan Hawkins tinggal bersama mereka selepas remaja terbabit dibuang dari rumah keluarganya tetapi tidak menyatakan sebab keluarga berkenaan membuang beliau.

"Dia mengalami kemurungan dan selalu tertekan. Tetapi dia kelihatan semakin pulih," kata Maruca-Kovac.

Hawkins yang berkelulusan sekolah tinggi selepas meninggalkan Sekolah Tinggi Papillion-La Vista lulus lesen memandu selepas berpindah bersama keluarga Maruca-Kovacs dan bekerja di restoran McDonald's berhampiran rumah mereka di Bellevue selama lima bulan, kata Maruca-Kovac.

Hawkins tidak pernah mengambil ubat kerana penyakit mentalnya, tetapi dirawat kerana menghadapi masalah kemurungan dan hiperaktif, kata Maruca-Kovac.

Walaupun berkeadaan demikian, Hawkins adalah seorang yang baik dan sayangkan binatang.

Beliau juga mempunyai masalah ketagihan alkohol dan sering menghisap marijuana dalam bilik tidurnya.

"Dia seorang remaja yang suka membantu dan pendiam. Dia tidak mendatangkan banyak masalah. Dia cuba membantu setiap masa, sentiasa berterima kasih terhadap apa juga dan langsung bukanlah seorang yang bersifat ganas," kata Maruca-Kovac.

Sementara itu, saksi di pusat beli-belah Westroads Mall berkata suasana kelam kabut di kalangan pengunjung tercetus apabila masing-masing cuba mencari perlindungan dan menyelamatkan diri selepas mendengar bunyi beberapa das tembakan.

Kakitangan bergegas ke bilik persalinan, manakala sekumpulan pengunjung lain berkejar ke bilik belakang selain ibu bapa segera membawa anak mereka keluar dari pusat beli-belah itu.

"Lutut saya menggeletar. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jadi saya lari bersama pengunjung lain," kata Kevin Kleine, 29 yang membeli belah bersama anak perempuannya berusia empat tahun.

Katanya beliau bersembunyi dalam sebuah bilik persalinan bersama empat pengunjung yang lain dan seorang kakitangan pusat beli belah berkenaan. – AP/Agensi


bercakap mengenai kemurungan nih, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan terutama oleh ahli keluarga dan sahabat yang rapat dengan mereka yang alami masalah ni..

tanda-tanda awal yang menunjukkan masalah hampir kronik ialah bila sesesorang yang stress itu mula menangis tanpa sebab dengan kerap. pada masa ini fikiran mereka tak dapat membezakan antara rasional dan tidak rasional.

kalau ada kawan, keluarga yang alami stress/depress.. never let them alone.. help them in any way. kalau korang pulak rasa stress atau depress, luahkannya.. cari jalan untuk release everything...
Top


Topic OptionsPages: (7) « First ... 5 6 [7] 



Hosted for free by InvisionFree (Terms of Use: Updated 7/7/05) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.4230 seconds | Archive

Skin created by Black Widow of the IF Skin Zone